Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota-anggota polis yang syahid dalam misi mempertahan negara di Sabah.
Dewan Ulamak PAS Pusat turut berkongsi perasaan dengan seluruh ahli keluarga anggota yang terlibat.
Dewan Ulamak PAS Pusat mendoakan agar Allah SWT mengurniakan ganjaran syahid seperti yang diterima para syuhada dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh yang memperjuangkan agamaNya.
Ianya berdasarkan riwayat berikut:
فقد روى الإمام أحمد والترمذي وأبو داود والنسائي عن سعيد بن زيد واللفظ للترمذي قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من قتل دون ماله فهو شهيد، ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد، ومن قتل دون أهله فهو شهيد. قال الترمذي: هذا حديث حسن صحيح، وبعضه في الصحيحين.
Telah diriwayatkan dari Imam Ahmad,Imam Tirmidzi,Imam Abu Daud dan Imam Nasa'i dari Said bin Zaid dan lafaz dari Imam Tirmidzi berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid,dan barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, dan barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia mati syahid dan barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan kaum keluarganya maka dia mati syahid"
Imam Tirmidzi menyatakannya sebagai hadis hasan sahih,dan sebahagiannya ada dalam 'sohihain'.
Al-Fatihah ...
Dr. Mohd Khairuddin A. Razali
Setiausaha
Dewan Ulamak PAS Pusat






























